Sunday, July 20, 2008

Dato' mufti harussani

Semalam jumpa Dato' mufti harussani di konvensyen takaful. Sebenarnya isu org murtad yg beliau bangkitkan lama dulu sebanyak 300,000 lebih tu tidaklah tepat. Selepas YAPEIM buat kajian ada lebih lagi! Sebenarnya 20% daripada org melayu islam telah pun murtad. 20% tuan2 dan puan2..

Maklumat awal mengenai bilangan murtader tu (my version of org murtad ya) diberitahu majlis/persatuan peguam2 islam kepada beliau. Rasanya sebab diorang yg byk uruskan hal2 guaman nak tukar agama ni kan. Agaknya diorang tak berani nak war2kan perkara ini. Jadi Dato' kata dia berani, tapi bila dia bukak mulut, disebab kan dia org agama, org kata dia cakap takde fakta. Beliau diperlekeh... sedih betulkan...

Lagi satu kes sebuah gereja ni 2 minggu sekali bagi makan free. Ramai org melayu lah kalau bab2 free ni kan. Mmg diorang tu org susah pun agaknya. Sebelum makan dibaca doa kristian terebih dahulu..dato' dah buat laporan..kerajaan buat tak reti jer..

Badan2 lain ni pun satu..takut sangat. Kalau ada benda besar mcm ni nak report, Tapi takut nak kedepan. Bila harussani buat kenyataan, kene bidas dan diperlekeh pun diorang tak berani nak kuar kenyataan menyokong atau mengaku yg sumber tu dr fakta diorang..nampak tak kat sini susahnya dato' harussani tu...geram nya aku. Kuat betul cengkaman politik sampai benda mcm ni pun tak berani..

Sedih betul mendengar keluhan2 dato' mufti tu..masa forum dia tu seolah2 meluahkan perasaan beliau yg tersangat risau pd keadaan umat islam malaysia sekarang dan jugak survival bangsa melayu..nampak sgt tu sbb sepatutnya forum pasal takaful sebagai wadah ... tapi di menyatakan kerisauan dia..sedihnyalah..dah lah dah tua..slow je bercakap..Ya Allah panjangkan umurnya..tak tahu mana tempat nak rujuk dah kalau org semacam beliau sudah tiada. Memang dia pertahan kan betul etiqa takaful ni untuk survival org melayu mungkin sebab

-etiqa antara syarikat takaful bumiputra dan lahir ramai jutawan2 islam yg islamic..ramai je jutawan islam lain tp disebabkan ini adalah sistem muamalah islam..jadi dia mmg letakkan harapan lebih kepada takaful.

- lagi satu sbb takaful adalah antara salah satu cara kita nak kurangkan kadar kemiskinan dikalangan org melayu islam. yerlah..business business jugak, tp matlamat penting mcm ni semua selalu kene ingat.

Jika mati 20 org melayu islam, hanya 1 keluarga sahaja yg akan survive. Yg lagi 19 terpaksa hidup susah atau terpaksa meminta belas ihsan orang (kiraan ringkas ikut statistic sbb bilangan org islam ada takaful tersangat rendah) Masa ni dat' sedih sgt psl survival org melayu.

Bila dah susah terpaksa berhenti sekolah dan yg paling teruk sekali para isteri yg terpaksa melacur diri kerana tak sanggup tgk anak tak makan ( bila keadaan sangat menekan tiada jln keluar..pegangama agama pulak tak ada..inilah jln pendek nya) ..macammana nak kedepan..makin kebelakang adalah. Setiap kali ada kematian 'ketua keluarga', satu keluarga akan ditimpa kemiskinan. Sebaliknya bangsa lain yg fully aware of the benefits, semakin bertambah kaya setiap kali ada ahli keluarga yg meniggal..bukan hanya ketua keluarga.

Tapi kalau difikirkan, kalau tak sampai tahap melacurpun, maruah wanita/isteri tu juga boleh hilang sebab mungkin lepas tu dia terpaksa melawa mcm zaman anak dara dulu, manja2. sbb nak menraik perhatian org. kene fitnah sana sini. Nak cari suami baru sebagai tempat bergantung. Sebenarnya sangat kasihan..Susah nak buat pengakuan ni tp inilah kebaikan poligami dlm islam..supaya maruah wanita solehah terpelihara..

So, attention kepada suami2 soleh diluar sana..kene make sure anda mengambil polisi takaful dan menjaganya dgn baik..itulah harta keluarga anda..

ini antara bait2 kata dato' semalam:

ilmu makin berkurang
orang islam makin khayal
ekonomi makin lemah
dan mereka semakin hari semakin kaya...

Kita tak seharusnya rasa benci pd mereka. They deserve it after working so damn hard. Tengok kita.. kita ni haa yg kena usaha sama kuat mcm mereka dan bersaing secara sihat..bukan nak memupuk sifat perkauman ya! (akulah tu yg selalu malas tu..aku tgh marah diri sendiri lah ni..)

Apa korang rasa, akan korang rasa, kalau korang ada kat situ...

Masa nak dato' nak balik tu ramai sgt wakil2 lelaki takaful semua berkumpul keliling dato' nak salam..mcm org iring anwar ibrahim pulak, adoi sebak nya aku..itulah pemimpin dan ulama' sejati..manalah nak cari ganti

Lepas jumpa dato' tu sy nak dengar lagu dan bergumbira especially masa dinner semalam pun rasa mcm segan pulak dgn dengan dato' mufti tu. Dia takde pun. Cuma terfikir kalau dia nampak..mesti dia sedih dan sangat kecewa ..

Last but not least...pesan mufti harussani

" PERKUKUHKAN KEADAAN DALAM APA JUA KEADAAN" - i think he refer to our economy

" Adakah org melayu menjadi PEREMPAT di tanah sendiri?? "

To my beloved friend...perkukuhkan kedudukan korang dlm apa jua kedaan dan bidang korang sekarang..Theodor Herzl si yahudi tu pun amik masa 75 tahun utk rancangan zionist dia tu menampakkan hasil..kita kene sabar sket tp teruskan usaha.

Salam 165!

disclaimer: Blog saya mmg agak tak tersusun sket penulisannya..just throwing out what's in my mind. Lagipun sy mmg tak suka bab2 seni penulisan karangan etc ni..asalkan korang faham sudah lah yer..hehe..

2 Comments:

Blogger SMM said...

faizah, smlm jumpa, hari ni jugak saya carik blog awak hehe ;p
well done! teruskan usaha berkongsi ilmu dgn kawan2, ek? tq :)

July 20, 2008 at 9:39 PM  
Blogger Aina Ana said...

faham apa ko cite tu.

Memang kemiskinan akan membawa kepada kekufuran.

Macam ko cakap la, bile dah miskin apa sahaja sanggup dibuat termasuk juga lepaskan Islam tu sendiri.

Tentang murtad tu aku rasa banyak tindakan yang ada sekarang lebih kepada short term plan. Aku tak lihat lagi program-program pemantapan akidah secara besar-besaran untuk orang Islam dilakukan secara meluas.

Menangani masalah murtad perlu dilihat 'root cause'nya, dan beri penyelesaiannya di situ. 'Preventive action' lebih baik dari 'reaction to action' bukan?

July 20, 2008 at 11:42 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home