Monday, July 21, 2008

Takaful adalah harta kita

Hari ni sy pergi 'branch' sbb nak wat takaful kenderaan (insuran kereta) ayah sy. Masa naik tingkat atas bahagian life, terdengar staff dpt panggilan. Orang nak buat claim kematian. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... ayahnya meninggal.. ada amik education plan utk 4 orang anak. Alhamdulillah.. insyaallah ringan lah sikit beban si ibu nak besar kan anak2 nya. Sebab biasanya dlm setahun dua tu isteri mcm terumbang ambing sket. Lepas tu baru boleh boleh bangkit semula..


Mungkin si ibu yg call atau agent sbb biasanya si isteri mmg dah tak boleh fikir dah. Lembik lutut. Biasanya waktu macam ni agent lagi rapat kepada keluarga simati daripada saudara sendiri...ini yg selalu kawan2 yg ada pengalamn ceritalah. Sebab biasa nya si isteri dah tak nampak orang lain dah.. sebab mcm pada kita je harapan dia waktu tu..


berat ni..jauh kan lah ya Allah..tak sanggup nak tgk muka isteri atau anak2 yg tiba2 yatim...


Sedih tak kalau tiba2 rupanya wang khairat yg diharapkan tu tak dapat sebab polisi tu dah lapse lama..kene jagalah jgn bagi tertunggak. Itu harta kita tu..harta segera. Kita takde sampai rm50,000 cash dlm bank kan. RM10,000 pun entah ada entah tidak..Sekarang dia memang 'illiquid asset'..tapi bila ajal dah sampai harta inilah yg akan mengalir (liquid asset)


Sebalik nya time ni harta simati yg 'liquid' masa hidup tu...semua jadi 'illiquid' sebab semua BEKU...bank akaun semua yg atas nama simati (sy ada dengar yg 'joint account' pun beku jugak..nanti sy periksa)..sbb nak tunggu proses pembahagian harta. Itu pun kalau dah siap hibah dan wasiat cepat lah sikit. Kalau tak lagi lambat dapat. Masuk Amanahraya dulu duitnya. Kene charge lagi tu selagi di bawah jagaan amanahraya. Mestilah kan, deme buat kerja kan..


Jadi time ni boleh guna dulu duit pampasan/khairat kematian tadi..kene faraid juga tp at least dapat cepat. Untuk isteri yg tak bekerja sila ambil PERHATIAN!!


Jangan dilupa juga bila simati meninggal dia akan meninggalkan harta dan HUTANG sekali! takut bila harta yg sikit itu di knock off against hutang..apa je yg tinggal.. --- > ini terkena kat sy sendiri sbb terjumpa agent hibah kat ESQ hari tu..saya kata sy takde harta pun nak kene buat wasiat dan hibah. Tak urgent lah. Dia kata kalau harta takde...hutang mesti ada kan?? .. amik aku kene sebijik.

Hutang pun kalau boleh dihibah kan. Hehehe malang betul siapa yg dipilih dapat wasiat kene bayarkan hutang tue.. takpelah boleh amik dr duit takaful nanti .. debar pulak bila cerita pasal mati nih.


013-3597595

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home