Saturday, July 26, 2008

Wanita 1: Bunglow bergelap

Rupa-rupanya hutang cukai pintu dan cukai tanah boleh menyebab kan harta kita di SITA.


Seorang wanita membuat panggilan untuk meminta bantuan. Dia seorang ibu tunggal berumur 50 an dan menjaga seorang ibu yg lumpuh berumur 78 tahun. Dia ingin meminta bantuan kewangan disebab kan bebanan hutang cukai yg tinggalkan suami yg meninggal 2 tahun lepas kerana rumahnya bakal disita.


Rupa2nya hutang yg menyebabkan rumahnya nak disita itu ialah hanya kerana cukai pintu dan cukai tanah. Terkejut juga saya. Betullah...inilah dia sebahagian dari hutang2 yg simati tinggalkan yg biasanya kita tak perasan. Hidden liability. Maksudnya bila kita meniggal benda2 ni masih di charge. Biasanya yg kita tahu loan kereta, loan belajar, loan rumah (kene amik MRTA ya puan2 dan tuan2..kalau tak anak terpaksa hidup merempat kerana rumah kene sita) hutang kredit card jgn dilupa...these are all our liability..tak kira semasa atau tetap..haa...income tax pun kene byr jugaklah...lupa pulak...sbb dulu sy igt bila dah meninggal..burn lah kan...tak adenyer burn2..kene bayo semua..

so yg sy nak highlight kat sini ialah rupa2nya rumah dia tu bunglow..dia dah selalu dah bergelap dlm bunglow dia tu sbb letrek kene potong..dengan ibu tua yg lumpuh...nasib baik rumah tu dah habis bayar...di kg tunku tak silap sy..mmg kawasan org aya kan.. time ni kawan semua buat tak nampak beb ...kenalah survive sendiri2...kesian nya..


sebenarnya ramai lg org lg yg teruk .. tapi dia ni mesti seorang yg sgt kaya kan dulu..tp bila suami meninggal jadi macam ni pula kesian makcik ni. biasanya org kaya ni malas nak amik cara bil2 yg kecik2 ni..mcm leceh..boleh byr sekali gus 2, 3 tahun tapi bila jadi macam ni ..ajal dtg tanpa diduga .. kalau terduga pun dah tak terpk dah hutang2 yg mcm ni...

betul jugakkan...rasanya biasanya bila org rs mcm dah nak mati..kita akan minta maaf dan igt2 hutang org yg kita belum byr...tapi hutang2 dgn kerajaan yg semacam inilah yg kita selalu tak perasan...igt kan tak apa ya...rupuanya boleh kene sita...hutang dia tu cuma dlm rm2k je (mungkin dah dpt discount) .. tp mmg dah takde duit..sampai satu masa dia byk kali rasa nak bunuh diri..lihat, kemiskinan membawa kita hampir pd kekufuran....


makcik tu kata dia nak jual bunglow tu..tapi dia tak tahu apa2..sy kata elok lah tu..jual je...sy tanya atas nama siapa pun dia tak tahu!!!...masyaallah..sy tanya takde wasiat ke apa ke..tak settle lg ke..dia kata dia tak tahu.. dah 2 tahun.. teruk nya tahap ketidakpedulian makcik ni pd hal2 kewangan ni masa dia senang dulu. aku mcm tak percaya je..cetek nya ilmu kita...inilah sebahagian masalah wanita..nanti aku nak suh cik ogy buat minggu kesedaran kewangan wanita lah.. Program Gerak Gempur Kewangan Wanita Aggun ..ahahha..

Kalau yg dah miskin tu satu hal dah..perlu dibantu..ini yg tak miskin ni ..kita tak nak bagi jadi miskin...kita kene bagi ilmu dan pengetahuan supaya diorang bantu diri diorang sendiri...okay...kene buat proposal...

'Wanita Selangor Maju 2010'

ahahhaa..ni slogan aku sendiri...jgn tersilap..

Monday, July 21, 2008

Muslim woman from Richmond

I am a new Muslim woman from Richmond, VA. I had never even met Muslims before last year, and had no idea that there was an Islamic center in my own city. However, at that time, I was very interested in Islam, but I could find nothing to read. I read encyclopedias and any books I could get my hands on, but they were all written by non-Muslims. They said that Muhammad (saws) wrote the Qur'an in the 7th centruy, that Muslims worshipped the black stone, and that Islam bred hatred towards women. They also said that Muhammad (saws) copied the Bible, that Islam was spread with the Qur'an in one hand and the sword in the other, and implied (if not stated directly) that all Muslims were Arab. One book even said that the word "Allah" came from al-lot, the moon god of the pagan Arabs. These are just some of the lies I read.


Then, one day, two Pakistani Muslim women (who were also muhajjabas [wearing hijab -ed.]) came to my college. I befriended them, and then I started asking them all kinds of questions. I had already left Christianity when I was 12, so I felt no challenge to my personal beliefs. I was a biology major and had basically no religion. I was amazed at what they told me, and I realized that all of my previous knowledge was lies.


Then, I came home for the summer. I got my own apartment and started working at 7-11. While I was working, a black muhajjaba came in the store. I asked her where she worshipped and when she told me there was an Islamic center on the same street I was working on, I was amazed.


I went the next day, but no one was there. So I went the day after that day (which happened to be Friday) and found some people there. A man told me to come the next week at noon so I could meet some of the ladies. But when he said "noon," he meant "dhuhr," not 12. I didn't know that. So I came at 12 the following week, but no one was there. For some reason, I decided to wait, Subhan-Allah. And wait I did, for an hour and a half (jumaa' [Friday prayer -ed.] is at 2), and finally I meet some people. A lady there gave me a copy of Maurice Bucaille's The Bible, Qur'an, and Science. When I read it, I knew that I wanted to become a Muslim. After all, I was a biology major. I knew that the things in the Qur'an had to be from Allah (swt), and not from an illiterate, uneducated man. So I went the next week and took shahaada [i.e. stated and accepted the creed of Islam -ed.]


When my dad found out, he went crazy. He came to my apartment and tore up everything in it, including my Qur'an. I called the police, and they came out. But they refused to help. They said "Don't you think he's right?" and so on. So I fled to Nashville, TN.


I have continued to talk with my dad, though, because the Qur'an says to honour your parents (it does not distinguish between Kaafir and Muslim parents), and because I remember the story of Umar Ibn Al-Khattab (raa). He hated Islam so much that he used to beat his slave girl until his arm grew tired. Al-Hamdu Lillah, Allah (swt) has rewarded me for my efforts. I saw my father for the first time this summer, in full hijaab. He accepted it without too much commentary. I think he realizes now that he can't bully me into renouncing Islam.


http://macma.org.my

Takaful adalah harta kita

Hari ni sy pergi 'branch' sbb nak wat takaful kenderaan (insuran kereta) ayah sy. Masa naik tingkat atas bahagian life, terdengar staff dpt panggilan. Orang nak buat claim kematian. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... ayahnya meninggal.. ada amik education plan utk 4 orang anak. Alhamdulillah.. insyaallah ringan lah sikit beban si ibu nak besar kan anak2 nya. Sebab biasanya dlm setahun dua tu isteri mcm terumbang ambing sket. Lepas tu baru boleh boleh bangkit semula..


Mungkin si ibu yg call atau agent sbb biasanya si isteri mmg dah tak boleh fikir dah. Lembik lutut. Biasanya waktu macam ni agent lagi rapat kepada keluarga simati daripada saudara sendiri...ini yg selalu kawan2 yg ada pengalamn ceritalah. Sebab biasa nya si isteri dah tak nampak orang lain dah.. sebab mcm pada kita je harapan dia waktu tu..


berat ni..jauh kan lah ya Allah..tak sanggup nak tgk muka isteri atau anak2 yg tiba2 yatim...


Sedih tak kalau tiba2 rupanya wang khairat yg diharapkan tu tak dapat sebab polisi tu dah lapse lama..kene jagalah jgn bagi tertunggak. Itu harta kita tu..harta segera. Kita takde sampai rm50,000 cash dlm bank kan. RM10,000 pun entah ada entah tidak..Sekarang dia memang 'illiquid asset'..tapi bila ajal dah sampai harta inilah yg akan mengalir (liquid asset)


Sebalik nya time ni harta simati yg 'liquid' masa hidup tu...semua jadi 'illiquid' sebab semua BEKU...bank akaun semua yg atas nama simati (sy ada dengar yg 'joint account' pun beku jugak..nanti sy periksa)..sbb nak tunggu proses pembahagian harta. Itu pun kalau dah siap hibah dan wasiat cepat lah sikit. Kalau tak lagi lambat dapat. Masuk Amanahraya dulu duitnya. Kene charge lagi tu selagi di bawah jagaan amanahraya. Mestilah kan, deme buat kerja kan..


Jadi time ni boleh guna dulu duit pampasan/khairat kematian tadi..kene faraid juga tp at least dapat cepat. Untuk isteri yg tak bekerja sila ambil PERHATIAN!!


Jangan dilupa juga bila simati meninggal dia akan meninggalkan harta dan HUTANG sekali! takut bila harta yg sikit itu di knock off against hutang..apa je yg tinggal.. --- > ini terkena kat sy sendiri sbb terjumpa agent hibah kat ESQ hari tu..saya kata sy takde harta pun nak kene buat wasiat dan hibah. Tak urgent lah. Dia kata kalau harta takde...hutang mesti ada kan?? .. amik aku kene sebijik.

Hutang pun kalau boleh dihibah kan. Hehehe malang betul siapa yg dipilih dapat wasiat kene bayarkan hutang tue.. takpelah boleh amik dr duit takaful nanti .. debar pulak bila cerita pasal mati nih.


013-3597595

Sunday, July 20, 2008

Dato' mufti harussani

Semalam jumpa Dato' mufti harussani di konvensyen takaful. Sebenarnya isu org murtad yg beliau bangkitkan lama dulu sebanyak 300,000 lebih tu tidaklah tepat. Selepas YAPEIM buat kajian ada lebih lagi! Sebenarnya 20% daripada org melayu islam telah pun murtad. 20% tuan2 dan puan2..

Maklumat awal mengenai bilangan murtader tu (my version of org murtad ya) diberitahu majlis/persatuan peguam2 islam kepada beliau. Rasanya sebab diorang yg byk uruskan hal2 guaman nak tukar agama ni kan. Agaknya diorang tak berani nak war2kan perkara ini. Jadi Dato' kata dia berani, tapi bila dia bukak mulut, disebab kan dia org agama, org kata dia cakap takde fakta. Beliau diperlekeh... sedih betulkan...

Lagi satu kes sebuah gereja ni 2 minggu sekali bagi makan free. Ramai org melayu lah kalau bab2 free ni kan. Mmg diorang tu org susah pun agaknya. Sebelum makan dibaca doa kristian terebih dahulu..dato' dah buat laporan..kerajaan buat tak reti jer..

Badan2 lain ni pun satu..takut sangat. Kalau ada benda besar mcm ni nak report, Tapi takut nak kedepan. Bila harussani buat kenyataan, kene bidas dan diperlekeh pun diorang tak berani nak kuar kenyataan menyokong atau mengaku yg sumber tu dr fakta diorang..nampak tak kat sini susahnya dato' harussani tu...geram nya aku. Kuat betul cengkaman politik sampai benda mcm ni pun tak berani..

Sedih betul mendengar keluhan2 dato' mufti tu..masa forum dia tu seolah2 meluahkan perasaan beliau yg tersangat risau pd keadaan umat islam malaysia sekarang dan jugak survival bangsa melayu..nampak sgt tu sbb sepatutnya forum pasal takaful sebagai wadah ... tapi di menyatakan kerisauan dia..sedihnyalah..dah lah dah tua..slow je bercakap..Ya Allah panjangkan umurnya..tak tahu mana tempat nak rujuk dah kalau org semacam beliau sudah tiada. Memang dia pertahan kan betul etiqa takaful ni untuk survival org melayu mungkin sebab

-etiqa antara syarikat takaful bumiputra dan lahir ramai jutawan2 islam yg islamic..ramai je jutawan islam lain tp disebabkan ini adalah sistem muamalah islam..jadi dia mmg letakkan harapan lebih kepada takaful.

- lagi satu sbb takaful adalah antara salah satu cara kita nak kurangkan kadar kemiskinan dikalangan org melayu islam. yerlah..business business jugak, tp matlamat penting mcm ni semua selalu kene ingat.

Jika mati 20 org melayu islam, hanya 1 keluarga sahaja yg akan survive. Yg lagi 19 terpaksa hidup susah atau terpaksa meminta belas ihsan orang (kiraan ringkas ikut statistic sbb bilangan org islam ada takaful tersangat rendah) Masa ni dat' sedih sgt psl survival org melayu.

Bila dah susah terpaksa berhenti sekolah dan yg paling teruk sekali para isteri yg terpaksa melacur diri kerana tak sanggup tgk anak tak makan ( bila keadaan sangat menekan tiada jln keluar..pegangama agama pulak tak ada..inilah jln pendek nya) ..macammana nak kedepan..makin kebelakang adalah. Setiap kali ada kematian 'ketua keluarga', satu keluarga akan ditimpa kemiskinan. Sebaliknya bangsa lain yg fully aware of the benefits, semakin bertambah kaya setiap kali ada ahli keluarga yg meniggal..bukan hanya ketua keluarga.

Tapi kalau difikirkan, kalau tak sampai tahap melacurpun, maruah wanita/isteri tu juga boleh hilang sebab mungkin lepas tu dia terpaksa melawa mcm zaman anak dara dulu, manja2. sbb nak menraik perhatian org. kene fitnah sana sini. Nak cari suami baru sebagai tempat bergantung. Sebenarnya sangat kasihan..Susah nak buat pengakuan ni tp inilah kebaikan poligami dlm islam..supaya maruah wanita solehah terpelihara..

So, attention kepada suami2 soleh diluar sana..kene make sure anda mengambil polisi takaful dan menjaganya dgn baik..itulah harta keluarga anda..

ini antara bait2 kata dato' semalam:

ilmu makin berkurang
orang islam makin khayal
ekonomi makin lemah
dan mereka semakin hari semakin kaya...

Kita tak seharusnya rasa benci pd mereka. They deserve it after working so damn hard. Tengok kita.. kita ni haa yg kena usaha sama kuat mcm mereka dan bersaing secara sihat..bukan nak memupuk sifat perkauman ya! (akulah tu yg selalu malas tu..aku tgh marah diri sendiri lah ni..)

Apa korang rasa, akan korang rasa, kalau korang ada kat situ...

Masa nak dato' nak balik tu ramai sgt wakil2 lelaki takaful semua berkumpul keliling dato' nak salam..mcm org iring anwar ibrahim pulak, adoi sebak nya aku..itulah pemimpin dan ulama' sejati..manalah nak cari ganti

Lepas jumpa dato' tu sy nak dengar lagu dan bergumbira especially masa dinner semalam pun rasa mcm segan pulak dgn dengan dato' mufti tu. Dia takde pun. Cuma terfikir kalau dia nampak..mesti dia sedih dan sangat kecewa ..

Last but not least...pesan mufti harussani

" PERKUKUHKAN KEADAAN DALAM APA JUA KEADAAN" - i think he refer to our economy

" Adakah org melayu menjadi PEREMPAT di tanah sendiri?? "

To my beloved friend...perkukuhkan kedudukan korang dlm apa jua kedaan dan bidang korang sekarang..Theodor Herzl si yahudi tu pun amik masa 75 tahun utk rancangan zionist dia tu menampakkan hasil..kita kene sabar sket tp teruskan usaha.

Salam 165!

disclaimer: Blog saya mmg agak tak tersusun sket penulisannya..just throwing out what's in my mind. Lagipun sy mmg tak suka bab2 seni penulisan karangan etc ni..asalkan korang faham sudah lah yer..hehe..

Thursday, July 17, 2008

diskusi dgn ust zaharuddin di ikim #1

assalamualaikum,
baru tadi di radio ikim ada perbincangan pasal kewangan islam bersama ustaz zaharuddin yg kalian sedia maklum. utk segmen Duniaku Buku. tak igt tajuk buku tapi skarang ni buku ni top 5 di MPH..check it out! sy dengar dah separuh jalan dlm kereta..ini antara point yg sempat sy kutip..termasuk menyentuh secara indirect isu yg kembali hot sekarang ini ASB (ustz tak sebut nama rasanya tp sedia maklum)
1- Pelaburan yg haram : Profit n Loss sharing Vs Profit sharing
mana2 pelaburan yang 'menjamin keuntungan' (return/interest) dan 'menjamin modal' (capital protection/guaranteed fund) kepada pesertanya adalah haram . sebabnya mudah saja, kita kene berbalik pada ASAS perniagaan islam yg kita selalu lupa iaitu MUDHARABAH atau 'perkongsian untung rugi', bukan 'perkongsian untung' nya sahaja ya..hehehe..nampak tak..mcamana boleh miss ni masa kita debat pasal A**..dan barulah sy jelas kenapa FD itu haram. selama ni sy tahu dia haram tp sbb nya ialah return dia fixed..vague reason..tak jelas...sekarang sudah jelas. lega rasa.
Pelaburan yg haram selama ini kita tahu sebab pelaburannya itu 'tidak pd tempat yg syariah'.
sebelum ini isu A** ialah ketidak syariah kaunter sahamnya, memang betul tu sbb ada pegangan ketas syarikat yg susah nak disyariah kan (bank lah senang cerita, yg lain sy kurang periksa), ini tahun lepas baru sy tahu sbb lecturer sy sendiri yg cakap..tapi dia suh diam2 je....maklumlah kami belajar under PNB. jadi korang senyap2 jelah ya... hehe..the only muslim lecturer for GDAFI program ;( , and he's a chinese revert ;) .. so mmg takde lecturer melayu lah pendek cerita ;( .. sy mmg sgt kecewa
-- kalau sy ada anak, dan anak yg ada 'kebijakan ekonomi', maka akan ku hantar dia ke London School of Economic atau Harvard Buss School kwang kwang kwang..sian anak aku nanti..Berapa mak nak kene invest dari sekarang tu ya??..
Tapi sy faham PNB tak boleh lepas kan sewenang-wenangnya pegangannya pada syarikat2 itu kerana banyak kepentingan pd negara. GLC kan. so kita yg particular pd hal2 ni kene cari alternative lain lah.. ada je pun..and even better..
ust tu juga ada sebut psl satu badan penasihat syariah yg bebas (international punya) tak igt nama. so dia takda 'bias' pd politik / kepentingan negara masa bg advise ( see..faham kan..hee)
bagi private unit trust company pula masing2 ada syariah advisor utk mengawasi. setahu sy setiap 6 bulan bank negara (BNM) akan keluarkan updated listing syarikat2 yg syariah dan yg dah tak syariah. jadi tiap 6 bulan akan ada filteration. kalau ada yg dah tak syariah..pegangan pd stock yg itu akan dikeluarkan dan wang yg telah haram akan dia bersihkan dgn cara bagi derma pd masyarakat kalau tak silap..sorry kalau salah..tp korang faham kan.. where shd the money goes..mcm bila kita nak bersihkan harta kita lah..(ini apa yg PM practice, syarikat lain sy tak periksa pun tp sy rasa sama)
ustaz juga cakap kita mesti yakin dengan syariah advisor.. kalau tak mmg kita susah sgt kan..
alamak, byk lagilah point yg bagus..tp dah panjang sgt dan dah letih sbb baru balik dari Yun Nam Hair Care nih..habis dia uli nya kepalaku..takpe..free..huhhu
so jelas..
Bagi yg GELAP kini sudah TERANG, aku adikmu dan engkau abang (lagu sapa lah ni..thank u anyway)
lagu ni sebenarnya aku suka nyanyi utk mengusik adik bongsuku.. Nabilah Gelap kini sudah Terang... sbb kalau adek beradik pompuan dia ada tan sikit, taklah tan tp cocoa butter aku panggil dia..tapi sejak tunggu result SPM duk rumah je dah putih balik.. bye!

Wednesday, July 16, 2008

taraaaa...assalamualaikum!

akhirnya...akhirnya...i have my own blog. tak boleh tahan maa sbb Cebah yg berusia 3 tahun itus sudah adess blogs nya sendiri...mmg rasa sgt ketinggalan..seakan2 ditinggalkan oleh bullet train ada berada di Negara Jepang itu...

Najah, Huda n others...korang kenalah tolong aku ya nanti..maybe u'll can leave some comment on how to improve my presentation. teringat pd Mynie..yg adalah 2 kali kut suh sy buat blog betul2 (sy ada friendster blog..tp rasanya yg itu tak boleh nak pegi jauh)

ok..mmg byk nak share ni..sbb suka mcm2 benda kan..dan nak share my experience berkaitan financial and investment...becoz i'm learning almost everyday (informal education) Sampai satu tahap sy mmg perlukan blog sebagai catatan peribadi .. sbb selalu malam2 tak boleh tidur. CPU tak boleh off tp mata ngantuk...CPU tak boleh off sbb dtg mcm2 pemikiran, idea n sebab musabab kepada sesuatu. tak campur berangan lagi tu...adeh letih...huda pun ada problem ni jugak kan..

owh ya...my blog name sounds familiar rite. i love My Autralian Adventure show n Dafne Iking..huhu..

a little bit about 'fenansel' before i log off.. KLCI reading drop 8 point to be 1119 .. stress coz i dont have enuff money to inject more, and i notice that Anwar Ibrahim sangat baik Bahasa Melayu nya..walaupun ketika mengulas hal2 ekonomi dan kewangan ... sy sedar yg dia menggunakan istilah yg saya tak pernah dengar tp difahami. contoh: 'kebijaksanaan ekonomi' .. ada lagi satu yg sedap bunyi nya .. nanti sy cari di online tv. ke saya je yg jakun sbb mmg tak suka baca financial matters in BM ..ampun tok nenek ampun...jgn salah kan cucu..

fenansel = bahasa rojak yg baru direka saya 2,3 hari lepas sbb dah bosan dengan 'financial' . Attention pls, this is not the latin version for fianancial.

capital growth = pertumbuhan modal

- baru 2 bulan lepas aku kenal pasti istilah BM nya ini .. walaupun sebenarnya ada didalam setiap brochures PM. hehehe. sbb kadang2 rasa susah betul nak xplain capital growth tue..

i also notice Huda's gud BM in her last post .. yg menyentuh hatinya sbb posting pasal menjelajah ke Eropah ( sounds like menjelajah ke angkasa je) .. biasanya mestilah guna English kan.

"Bahasa Warisan Bangsa"